Tuesday, 28 October 2014

APA ITU RANCANGAN PENGAJARAN?

Rancangan Pengajaran
Rancangan Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang akan diajar untuk tahun akademik atau semester tertentu.  Dengan adanya Rancangan Pengajaran, guru boleh
·            melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik mengikut pemeringkatan yang sesuai.

·            menentukan ilmu, kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan standard pembelajaran) yang perlu disepadukan dalam enam tunjang KSSR .

·            Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan isi kandungan, kemahiran dan nilai yang ditentukan.

·            menyediakan aktiviti dan sumber pengajaran yang sesuai.

·            menentukan kesesuaian jenis pentaksiran formatif mengikut langkah pengajaran.

Biasanya, Rancangan Pengajaran meliputi
    Rancangan  Pengajaran Tahunan (RPT)/ Semester
    Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
    Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Tahunan
Siapakah yang akan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan? Secara am, Ketua Panitia bersama semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut bekerjasama untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Melalui amalan ini ujian bulanan dan peperiksaan boleh ditentu dan diseragamkan. Tahap di mana mata pelajaran itu patut diajar, teknik dan sumber pengajaran boleh ditentukan dan dikongsi bersama.

Rancangan Pengajaran Tahunan terbahagi kepada dua bahagian :
   Penggal Pertama (Januari – Mei)
   Penggal Kedua (Jun - Oktober)

Rancangan Pengajaran Tahunan perlu mengambil kira aspek berikut:-
·           Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester.
·           Isi kandungan yang perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan.

·           Urutan isi kandungan yang hendak diajar
·           Integrasi kesemua kemahiran
·           Membuat keputusan tentang jumlah masa yang anda gunakan dengan baik bagi setiap topik. Adalah baik untuk mengambil kira cuti umum dan cuti sekolah

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Moral
 Tahun 5

Tarikh : 14.04.2014
Masa: 0900-1000 a.m
Bil.murid: / 24 orang
Tajuk/ Isu: Jasa Dan Bakti Dikenang
Bidang Pembelajaran : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
Nilai Utama : Berterima Kasih
Nilai Sampingan : Baik Hati, Kejujuran , Kerjasama, Kerajinan

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat ;
Kognitif :
1.    Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 cara menghargai tokoh atau anggota masyarakat yang berjasa dengan betul.
2.    Menyatakan sekurang-kurangnya 3 sebab kita perlu menghargai tokoh atau anggota masyarakat yang berjasa dengan betul.
3.    Menghasilkan kad ucapan terima kasih dengan kreatif dan menarik.
Afektif :
1.    Menghargai jasa tokoh atau anggota masyarakat.
Psikomotor :
1.    Menunjukkan perlakuan berterima kasih kepada tokoh atau anggota masyarakat yang berjasa dalam kehidupan seharian.
Kemahiran Berfikir (KB):
Menghubungkait, mencirikan, menjana idea, membuat urutan, mereka cipta, membuat kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada Murid:
Murid sudah mengetahui cara berterima kasih apabila mendapat pertolongan daripada seseorang.
Kaedah dan Teknik P&P  (KTPP):
Nyanyian, soal-jawab, tayangan video, perbincangan, bercerita, permainan, tayangan slaid, projek mini, demonstrasi
Pendekatan :
Penjelasan nilai, analisis nilai, pembelajaran koperatif, pemupukan nilai
 Bahan dan Sumber P&P (BSPP):
Klip video, komputer riba, pemancar LCD, pembesar suara, slaid, sampul berisi kad puzzle, kertas mahjong (Peta Bulatan), pen penanda, set kad frasa, kertas mahjong, kertas A4 pelbagai warna, gunting, pensel warna, ranting dan pasu, dawai








FASA
ISI PELAJARAN/ NILAI
LANGKAH/AKTIVITI P&P
CATATAN
Set Induksi  
(5 minit)
1.    Pengenalan kepada nilai  berterima kasih serta tajuk yang akan dipelajari  iaitu “Jasa Dan Bakti Dikenang”
Aktiviti 1: Nyanyian Lagu
Terima Kasih
1.    Murid ditayangkan klip video lagu “Terima Kasih”.
2.    Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
3.    Guru bersoal-jawab dengan murid untuk mengaitkan lagu tersebut dengan nilai  dan tajuk yang akan dipelajari.
4.    Murid diperkenalkan dengan tajuk pelajaran iaitu “Jasa Dan Bakti Dikenang”.
KB:
-       menghubungkait

KTPP:
-       nyanyian
-       soal jawab
-       tayangan video

BSPP:
-       klip video
-        komputer riba
-       pemancar LCD
-       pembesar suara

Langkah 1
 (20 minit)
1.    Definisi nilai berterima kasih:
-       Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
2.    Cara menghargai tokoh/ anggota masyarakat yang berjasa ialah dengan memberikan:
-       ucapan terima kasih
-       pujian
-       wang
-       anugerah pingat
-       sijil
-       hadiah
-       bunga
-       darjah kebesaran
-       dan lain-lain

Nilai Utama :
-       berterima kasih

Nilai Sampingan :
-       baik hati
-       kerjasama
1.  Guru menjelaskan definisi nilai berterima kasih .

Aktiviti 2 : Bercerita.
1.  Guru bercerita mengenai kisah “Bantrai Yang Berjasa”.
2.  Guru bersoal-jawab dengan murid tentang penghargaan yang telah diberikan kepada Bantrai.
3.  Guru menyatakan beberapa contoh penghargaan yang diberikan kepada Bantrai.

Aktiviti 3 : Siapa Kami &
Hargai Kami
1.    Setiap kumpulan diberi Peta Bulatanpada  kertas mahjong dan sampul surat berisi kepingan-kepingan puzzle (gambar contoh tokoh/anggota masyarakat).
2.  Murid menyusun puzzel yang diberikan di atas kertas mahjong.
3.  Murid diminta untuk menyenaraikan cara untuk menghargai tokoh/anggota masyarakat berkenaan.
4.  Guru membincangkan jawapan murid.
KB:
-       mencirikan
-       menjana idea
-       menghubungkait


KTPP:
-       perbincangan
-       soal jawab
-       bercerita
-       permainan
-       tayangan slaid

Pendekatan :
-       penjelasan nilai
-       analisis nilai

BSPP:
-       slaid
-       komputer riba –
-       pemancar LCD,
-       sampul berisi kad puzzle
-       kertas mahjong (Peta Bulatan)
-       pen penanda


Langkah 2
(10 minit)
1.    Sebab perlu menghargai tokoh/ masyarakat yang berjasa:
-       untuk mengiktiraf jasa mereka
-       amalan menghargai adalah cara hidup yang mulia
-       dapat memupuk dan membentuk amalan berterima kasih
-       dapat membentuk pemikiran yang sihat
-       memberi galakan dan sokongan moral

Nilai Utama :
-       berterima kasih

Nilai Sampingan :
-       baik hati
-       kejujuran
Aktiviti 4 : Susun Ayat

1.    Setiap kumpulan diberi satu set kad-kad frasa.
2.    Murid diminta untuk menyusun kad-kad tersebut membentuk satu ayat yang menunjukkan sebab kita perlu menghargai tokoh/ anggota masyarakat.
3.    Murid menampalkan kad-kad frasa yang telah disusun di papan tulis.
4.    Guru mengulas jawapan murid dan membincangkan sebab-sebab perlu menghargai  jasa tokoh/ anggota masyarakat.

KB:
-       Membuat urutan
-       Menjana idea

KTPP:
-       permainan
-       perbincangan

Pendekatan :
-       pembelajaran koperatif

BSPP:
-       set kad frasa
-       kertas mahjong
Langkah 3
(20 minit )
1.    Membuat kad ucapan terima kasih

Nilai Utama :
-       berterima kasih

Nilai Sampingan :
-       kerajinan
Aktiviti 5 : Suburkan Pohon
 Terima Kasih

1.    Murid diagihkan bahan yang diperlukan untuk membuat kad.
2.    Murid membuat kad ucapan terima kasih dengan diawasi oleh guru.
3.    Murid menggantungkan kad terima kasih pada “Pohon Terima Kasih”.
4.    Guru mengulas hasil kerja murid.


KB:
-       mereka cipta
-       menjana idea

KTPP:
-       projek mini
-       perbincangan
Pendekatan :
-       pemupukan nilai

BSPP:
-       kertas A4 pelbagai warna
-       gunting
-       pensel warna
-       ranting dan pasu
-       dawai





Penutup
(5 minit)
1.    Rumusan isi pelajaran:
Ø  Nilai berterima kasih
Ø  Cara dan sebab kita perlu berterima kasih

2.    Tepuk Terima Kasih :
Tepuk terima kasih!
Terima kasih!
Thank you!
 Xie xie!
Nandre!
Syukran!
Arigato!
Hait!

Perkaitan Kognitif :
1.    Beberapa orang murid diminta untuk membuat rumusan isi pelajaran dengan bimbingan guru.

Perkaitan Sosial:
Aktiviti 6 : Tepuk Terima Kasih
1.    Guru melakukan demonstrasi Tepuk Terima Kasih.
2.    Guru dan murid melakukan Tepuk Terima Kasih.
3.    Guru memberi peneguhan kepada murid yang berjaya menghasilkan kad ucapan terima kasih yang terbaik.

KB:
-       membuat kesimpulan
-       menghubungkait

KTPP:
-       soal-jawab
-       demonstrasi

BSPP:
-       slaid
-       komputer riba
-       pemancar LCD