Tuesday, 28 October 2014

APA ITU RANCANGAN PENGAJARAN?

Rancangan Pengajaran
Rancangan Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang akan diajar untuk tahun akademik atau semester tertentu.  Dengan adanya Rancangan Pengajaran, guru boleh
·            melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik mengikut pemeringkatan yang sesuai.

·            menentukan ilmu, kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan standard pembelajaran) yang perlu disepadukan dalam enam tunjang KSSR .

·            Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan isi kandungan, kemahiran dan nilai yang ditentukan.

·            menyediakan aktiviti dan sumber pengajaran yang sesuai.

·            menentukan kesesuaian jenis pentaksiran formatif mengikut langkah pengajaran.

Biasanya, Rancangan Pengajaran meliputi
    Rancangan  Pengajaran Tahunan (RPT)/ Semester
    Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
    Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Tahunan
Siapakah yang akan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan? Secara am, Ketua Panitia bersama semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut bekerjasama untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Melalui amalan ini ujian bulanan dan peperiksaan boleh ditentu dan diseragamkan. Tahap di mana mata pelajaran itu patut diajar, teknik dan sumber pengajaran boleh ditentukan dan dikongsi bersama.

Rancangan Pengajaran Tahunan terbahagi kepada dua bahagian :
   Penggal Pertama (Januari – Mei)
   Penggal Kedua (Jun - Oktober)

Rancangan Pengajaran Tahunan perlu mengambil kira aspek berikut:-
·           Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester.
·           Isi kandungan yang perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan.

·           Urutan isi kandungan yang hendak diajar
·           Integrasi kesemua kemahiran
·           Membuat keputusan tentang jumlah masa yang anda gunakan dengan baik bagi setiap topik. Adalah baik untuk mengambil kira cuti umum dan cuti sekolah

No comments:

Post a Comment