Rancangan
Pengajaran
Harian
Setiap orang guru perlu merancang persediaan mengajar masing-masing untuk
memastikan kelancaran dan keberkesanan proses pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan
Pengajaran Harian merupakan dokumen untuk merekodkan rancangan unit-unit pembelajaran secara
sistematik bagi sesuatu topik mata pelajaran pada hari tertentu
menggunakan format yang telah ditetapkan.
Melalui penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, guru dapat meramal iklim
bilik darjah yang bakal dihadapi; seterusnya membuat persediaan langkah-langkah
untuk menanganinya. Rancangan Pengajaran
Harian yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap merupakan kunci
kejayaan kepada guru praperkhidmatan semasa menjalankan praktikum dan
seterusnya menjadi seorang guru yang berkeyakinan dan berketrampilan.
Selain daripada itu, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) membantu guru:
·
Menentukan objektif pembelajaran supaya guru tidak terpesong
dari apa yang dirancang.
·
Memastikan isi pelajaran disampaikan dalam masa yang
diperuntukkan.
·
Merancang strategi pengajaran yang sesuai isi
pelajaran, peringkat, kebolehan dan minat pelajar.
·
Mengingati urutan bahan pengajaran yang akan
disampaikan
·
Mengawal bilik darjah dengan baik.
·
Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar
untuk dikemukakan semasa pengajaran.
·
Merancang bagaimana enam tunjang KSSR dapat
diterapkan dalam langkah penyampaian pengajaran atau aktiviti pembelajaran.
• Peka kepada fungsi setiap
komponen RPH dan hubungkait antaranya supaya terdapat kesinambungan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut.
No comments:
Post a Comment