Sekadar nak berkongsi tentang perkembangan tamadun purba di negara kita. dari mana datangnya kemodenan kan, kalau bukan daripada manusia-manusia yang terdahulu hidup daripada kita. Setuju x? jadi walaupun sejarah ni nampak boring (masa sekolah selalu tido masa sejarah..hehehehe), tapi x salah kan kita hayati sejarah lalu agar kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. So , bacalah entri kat bawah ni.. Semoga beroleh sesuatu..
Gambar Hiasan |
Zaman Paleolitik bermula sekitar tahun 500
000 S.M dan berlanjutan sehingga tahun 10 000 S.M. Zaman Paleolitik boleh
dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman
Paleolitik Akhir. K. Ratnam (2004)
dalam buku Tamadun Dunia ada menyebut, terdapat empat spesies manusia yang
penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus
Erectus ( Jawa Man ) yang ditemui di Pulau Jawa , Sinanthropus Pekinensis ( Peking
Man ) yang ditemui di China,
Fontechevade yang ditemui di Perancis dan Homo Neanderthalensis yang ditemui di Jerman.
Masyarakat Zaman Paleolitik hidup secara nomad iaitu
berpindah-randah. Mereka hidup
dalam kelompok keluarga dan secara berkumpulan. Mereka tinggal di
dalam gua, lubang bawah
tanah dan pondok-pondok yang
mereka bina daripada ranting-ranting kayu dan berdekatan dengan sumber air
seperti tepi sungai dan tasik. Penempatan masyarakat Paleolitik yang dikesan di
Malaysia termasuklah di Lenggong, di Gua
Niah ( Sarawak), Kota
Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah ).
Manusia pada zaman ini mahir membuat alat-alat batu.
Alat-alat batu yang dibuat adalah kasar dari segi pembuatannya. Mereka lebih mengutamakan fungsi daripada
nilai estetika atau seni sesuatu alat yang dicipta. Alat batu yang dikenali
fist hatchet (kapak tangan ) digunakan sebagai gergaji, pisau dan kapak. Mereka
menggunakan alat ini untuk tujuan memotong, berburu dan mempertahankan diri.
Mereka menyara hidup dengan berburu binatang liar, menangkap ikan dan mengumpul
hasil hutan. Mereka turut menurunkan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kepada
generasi seterusnya (Mauren Tan,2002).
Masayarakat zaman Paleolitik mengamalkan kepercayaan ainimisme.
Tidak terdapat bukti manusia telah mempunyai agama dan kepercayaan yang tinggi.
Contohnya, manusia takut dengan bunyi
guruh dan kilat. Dari aspek kerohanian, mereka menjalankan amalan ritual semasa
uapacara pengebumian.
- Zaman Mesolitik
Menurut Nik Hassan
(2002) , Zaman Mesolitik bermula sekitar 10 000 SM sehingga 7000 SM dan turut
dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan dan Zaman Peralihan antara Zaman
Paleolitik dan Zaman Neolitik. Mereka hidup secara kelompok keluarga atau
berkumpulan dan tinggal di dalam gua, tebing
sungai dan persisir pantai. Ini kerana mereka memerlukan sumber air. Mereka
hidup secara nomad.Mereka menyara hidup dengan berburu binatang, menangkap ikan
dan memungut hasil hutan. Selain itu,mereka juga mula melakukan aktiviti
pertanian untuk menambah sumber makanan.
Dari segi pembuatan
alat-alat batu, hasil pembuatan mereka lebih halus berbanding pembuatan oleh
masyarakat Zaman Paleolitik. Mereka juga sudah pandai menggunakan tulang,
tanduk dan gading binatang untuk membuat alat. Ini menunjukkan mereka mula
mementingkan nilai estetika dalam pembuatan alatan. Nilai kesenian ini turut
ditunjukkan melalui lukisan dan contengan yang ditemui di dinding-dinding gua
yang menjadi tempat penempatan mereka. Dari aspek agama dan kerohanian pula,
mereka mula mempunyai kepercayaan menanam mayat dengan barang-barang
pengebumian seperti alat-alat perburuan dan barangan pribadi milik si mati
sebagai persediannya selepas kematian kelak .
- Zaman Neolitik
Zaman Neolitik pula
dianggarkan bermula sekitar tahun 7000
SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber
makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah
Sungai Tigris dan Euphrates. Pada zaman ini, manusia tidak lagi hidup secara
nomad sebaliknya sudah mula hidup secara kekal di sesuatu penempatan dan
membentuk perkampungan. Antara penempatan mereka di Malaysia ialah di Gua
Gomantong di Sabah dan Jenderam Hilir di Selangor. Mereka hidup dalam kelompok
keluarga ataupun kumpulan yang besar. Selain berburu binatang liar, menangkap
ikan dan memungut hasil hutan, mereka turut menyara hidup dengan bercucuk tanam
dan menternak binatang. Mereka bertanam padi seperti yang ditemui di China,Non
Nok Than dan Ban Kao di Thailand dan Gua Sireh di Sarawak.
Kehidupan bermasyarakat mewujudkan pembahagian dan
pengkhususan kerja dan membolehkan
manusia bekerjasama membuka tanah ladang di hutan rimba, membajak ladang,
menuai tanam-tanaman dan menternak binatang. Kehidupan menetap dan keupayaan
menghasilkan bahan makanan melebihi keperluan telah menghasilkan sistem barter
iaitu sistem pertukaran barang.
Masyarakat zaman ini menunjukkan ciri pembaharuan dalam
kehidupan. Dari aspek penciptaan,
mereka mempunyai hasil kerja tangan yang lebih bermutu, alat-alat yang
dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi. Nilai estetika turut diutamakan
dalam penciptaan alatan mereka. Mereka juga sudah mahir membuat tembikar
daripada tanah. Lukisan pada dinding gua jga menunjukkan mereka mempunyai nilai
estetika tersendiri. Dari aspek kerohanian dan agama pula, masyarakat Neolitik
percaya kepada kuasa luar biasa dan menjalankan upacara ritual dan amalan
korban. Dalam upacara pengebumian, mereka membekalkan si mati dengan tembikar,
makanan dan alat-alat batu. Di akhir-akhir zaman Neolitik ini, muncul individu
yang menemui cara untuk meleburkan logam.
No comments:
Post a Comment