Rancangan Pengajaran
Rancangan
Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran mata
pelajaran yang akan diajar untuk tahun akademik atau semester tertentu. Dengan adanya Rancangan Pengajaran, guru
boleh
·
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik mengikut pemeringkatan yang sesuai.
·
menentukan ilmu,
kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan standard pembelajaran) yang
perlu disepadukan dalam enam tunjang KSSR .
·
Menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai berdasarkan isi kandungan, kemahiran dan nilai yang
ditentukan.
·
menyediakan aktiviti dan sumber pengajaran
yang sesuai.
·
menentukan kesesuaian
jenis pentaksiran formatif mengikut langkah pengajaran.
Biasanya, Rancangan Pengajaran meliputi
Rancangan
Pengajaran
Tahunan (RPT)/ Semester
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Rancangan
Pengajaran Tahunan
Siapakah yang akan merancang Rancangan Pengajaran
Tahunan? Secara am, Ketua
Panitia bersama semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut bekerjasama
untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Melalui amalan ini ujian bulanan dan
peperiksaan boleh ditentu dan diseragamkan. Tahap di mana mata pelajaran itu
patut diajar, teknik dan sumber pengajaran boleh ditentukan dan dikongsi
bersama.
Rancangan Pengajaran Tahunan
terbahagi kepada dua bahagian :
Penggal Pertama (Januari –
Mei)
Penggal Kedua (Jun -
Oktober)
Rancangan Pengajaran Tahunan perlu mengambil kira aspek berikut:-
·
Masa
yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester.
·
Isi kandungan yang
perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan.
·
Urutan
isi kandungan yang hendak diajar
·
Integrasi
kesemua kemahiran
·
Membuat keputusan tentang jumlah masa yang
anda gunakan dengan baik bagi setiap topik. Adalah baik untuk mengambil kira
cuti umum dan cuti sekolah