Saturday, 1 November 2014

Lagu Jingli- Nona

 
Dari segi kebudayaan, kita boleh melihat tinggalan penjajahan Portugis dalam masyarakat Serani . Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang merupakan hasil daripada perkahwinan campur antara tentera Portugis dan orang Melayu tempatan pada abad ke-16 dan menganut agama Katolik Roman. Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang (Wekipedia, 2012).
Sumber : google image
Lagu Jingli- Nona
Jingkli-nona, Jingkli-nona
yo kereh kazah (2x)
Kaza nteh porta
nteh kai logu pasah. (2x)
Korus:
Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)
Jingkli-nona, Jingkli-nona
yo kereh andah, (2x)
Raskundeh o mia nona
pra mandah kung yo santah. (2x)
Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)12




Lagu ini sangat popular dan sinonim dengan negeri Melaka serta menjadi salah satu khazanah berharga yang menjadi promosi pelancongan serta identiti negeri Melaka.

Perkembangan Tamadun Purba Di Malaysia

Sekadar nak berkongsi tentang perkembangan tamadun purba di negara kita. dari mana datangnya kemodenan kan, kalau bukan daripada manusia-manusia yang terdahulu hidup daripada kita. Setuju x? jadi walaupun sejarah ni nampak boring (masa sekolah selalu tido masa sejarah..hehehehe), tapi x salah kan kita hayati sejarah lalu agar kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. So , bacalah entri kat bawah ni.. Semoga beroleh sesuatu..

Gambar Hiasan 



  •  Perkembangan Tamadun Purba Di Malaysia 
  • Zaman Prasejarah dapat dibahagikan kepada Zaman Prasejarah Awal  dan Zaman Prasejarah Akhir . Zaman Prasejarah Awal  meliputi Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama) dan Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) manakala Zaman Prasejarah Akhir pula meliputi Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru). Ringkasnya, Zaman Batu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Zaman Batu Baru, Pertengahan dan  Baru


  •  Zaman Paleolitik

  •       Zaman Paleolitik bermula sekitar tahun 500 000 S.M dan berlanjutan sehingga tahun 10 000 S.M. Zaman Paleolitik boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. K. Ratnam  (2004) dalam buku Tamadun Dunia ada menyebut, terdapat empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ) yang ditemui di Pulau Jawa , Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ) yang ditemui di China, Fontechevade  yang ditemui di Perancis dan Homo Neanderthalensis yang ditemui di Jerman.
          Masyarakat Zaman Paleolitik hidup secara nomad iaitu berpindah-randah. Mereka hidup  dalam kelompok keluarga dan secara berkumpulan. Mereka tinggal  di dalam gua,  lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu dan berdekatan dengan sumber air seperti tepi sungai dan tasik. Penempatan masyarakat Paleolitik yang dikesan di Malaysia termasuklah di Lenggong, di Gua Niah ( Sarawak), Kota Tampan ( Perak )   dan Gua Tingkayu ( Sabah ).
          Manusia pada zaman ini mahir membuat alat-alat batu. Alat-alat batu yang dibuat adalah kasar dari segi pembuatannya.  Mereka lebih mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni sesuatu alat yang dicipta. Alat batu yang dikenali fist hatchet (kapak tangan ) digunakan sebagai gergaji, pisau dan kapak. Mereka menggunakan alat ini untuk tujuan memotong, berburu dan mempertahankan diri. Mereka menyara hidup dengan berburu binatang liar, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka turut menurunkan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kepada generasi seterusnya (Mauren Tan,2002).
                Masayarakat  zaman Paleolitik mengamalkan kepercayaan ainimisme. Tidak terdapat bukti manusia telah mempunyai agama dan kepercayaan yang tinggi. Contohnya,  manusia takut dengan bunyi guruh dan kilat. Dari aspek kerohanian, mereka menjalankan amalan ritual semasa uapacara pengebumian.

    •  Zaman Mesolitik

    Menurut Nik Hassan (2002) , Zaman Mesolitik bermula sekitar 10 000 SM sehingga 7000 SM dan turut dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan dan Zaman Peralihan antara Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik. Mereka hidup secara kelompok keluarga atau berkumpulan dan  tinggal di dalam gua, tebing sungai dan persisir pantai. Ini kerana mereka memerlukan sumber air. Mereka hidup secara nomad.Mereka menyara hidup dengan berburu binatang, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Selain itu,mereka juga mula melakukan aktiviti pertanian untuk menambah sumber makanan.
    Dari segi pembuatan alat-alat batu, hasil pembuatan mereka lebih halus berbanding pembuatan oleh masyarakat Zaman Paleolitik. Mereka juga sudah pandai menggunakan tulang, tanduk dan gading binatang untuk membuat alat. Ini menunjukkan mereka mula mementingkan nilai estetika dalam pembuatan alatan. Nilai kesenian ini turut ditunjukkan melalui lukisan dan contengan yang ditemui di dinding-dinding gua yang menjadi tempat penempatan mereka. Dari aspek agama dan kerohanian pula, mereka mula mempunyai kepercayaan menanam mayat dengan barang-barang pengebumian seperti alat-alat perburuan dan barangan pribadi milik si mati sebagai persediannya selepas kematian kelak .
    •   Zaman Neolitik

    Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates. Pada zaman ini, manusia tidak lagi hidup secara nomad sebaliknya sudah mula hidup secara kekal di sesuatu penempatan dan membentuk perkampungan. Antara penempatan mereka di Malaysia ialah di Gua Gomantong di Sabah dan Jenderam Hilir di Selangor. Mereka hidup dalam kelompok keluarga ataupun kumpulan yang besar. Selain berburu binatang liar, menangkap ikan dan memungut hasil hutan, mereka turut menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang. Mereka bertanam padi seperti yang ditemui di China,Non Nok Than dan Ban Kao di Thailand dan Gua Sireh di Sarawak.
    Kehidupan bermasyarakat mewujudkan pembahagian dan pengkhususan kerja dan  membolehkan manusia bekerjasama membuka tanah ladang di hutan rimba, membajak ladang, menuai tanam-tanaman dan menternak binatang. Kehidupan menetap dan keupayaan menghasilkan bahan makanan melebihi keperluan telah menghasilkan sistem barter iaitu sistem pertukaran barang.
    Masyarakat zaman ini menunjukkan ciri pembaharuan dalam kehidupan. Dari aspek penciptaan, mereka mempunyai hasil kerja tangan yang lebih bermutu, alat-alat yang dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi. Nilai estetika turut diutamakan dalam penciptaan alatan mereka. Mereka juga sudah mahir membuat tembikar daripada tanah. Lukisan pada dinding gua jga menunjukkan mereka mempunyai nilai estetika tersendiri. Dari aspek kerohanian dan agama pula, masyarakat Neolitik percaya kepada kuasa luar biasa dan menjalankan upacara ritual dan amalan korban. Dalam upacara pengebumian, mereka membekalkan si mati dengan tembikar, makanan dan alat-alat batu. Di akhir-akhir zaman Neolitik ini, muncul individu yang menemui cara untuk meleburkan logam.


    CIRI KHAS TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

    Seperti juga manusia dan haiwan, tumbuhan juga memerlukan ciri-ciri khas untuk melindungi dirnya daripada musuh. Satu contoh yang paling sering kita lihat ialah tumbuhan yang mempunyai duri. Contohnya bunga ros mempunyai duri yang tajam. Duri yang tajam membantu pokok bunga ros menghindarkan dirinya daripada musuh seperti haiwan dan manusia.

    KEPERLUAN ASAS HAIWAN

    Keperluan Asas Haiwan 

    Tuesday, 28 October 2014

    CONTOH LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN MORAL (NILAI KERAJINAN)


    Nama : __________________________
    Unit 4 : Kerajinan
    A.   Pengorbanan Demi Kejayaan
    Arahan : Tulis [RAJIN] bagi individu yang sanggup berkorban demi kejayaan dan [MALAS] bagi sebaliknya.

    Contoh
    Jack suka menolong bapanya memetik lada di kebun.
    RAJIN
    1.       
    Hisham menonton televisyen setiap malam tanpa mengulang kaji pelajarannya.

    2.       
    Suzy berjaya memasuki universiti apabila memperolehi 10 A dalam ujian SPM hasil usaha gigihnya belajar.

    3.       
    Ong suka ponteng kelas tambahan yang diadakan di sekolah.

    4.       
    Aidil sering bertanya kepada guru tentang masalah Matematik yang tidak difahaminya.

    5.       
    Encik Halim melakukan dua pekerjaan dalam sehari untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

    6.       
    Ah Meng tidak mahu menolong ibunya menjaga kedai semasa ibunya sedang sakit.

    7.       
    Siva membiarkan kasut sekolahnya kotor dan tidak mahu mencucinya.

    8.       
    Siti menggosok baju sekolahnya sendiri sebelum turun ke sekolah.

    9.       
    Nani asyik berkaraoke dengan kawan-kawannya dan mengabaikan kerja rumah yang diberi oleh guru.

    10.   
    Hafiz berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan nyanyian itu.





    CONTOH LEMBARAN KERJA SAINS (ORGAN PERNAFASAN HAIWAN- ARAS SEDERHANA)


    Nama : ­­­­­­­­­­­­______________________                                                                           Tarikh : 08.04.2014
    Tajuk : Organ Pernafasan Haiwan
    Arahan : Kelaskan haiwan tersebut mengikut organ pernafasannya.
    Monyet
    Belalang
    Udang
    Katak
    Ikan emas
    Anjing
    Ikan keli
    kucing
    Cacing tanah
    Harimau
    Rama-rama
    Pepatung

    Organ Pernafasan
    Contoh Haiwan
    Peparu
    1.
    2.
    3.
    4.
    5.
    Insang
    1.
    2.
    3.
    Kulit lembap
    1.
    2.
    Spirakel
    1.
    2.
    3.

    Apakah  contoh haiwan yang mempunyai dua organ pernafasan ?
    _________________

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : APA DAN UNTUK APA?

    Rancangan Pengajaran Harian
    Setiap orang guru perlu merancang persediaan mengajar masing-masing untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian merupakan dokumen untuk merekodkan rancangan unit-unit pembelajaran secara sistematik bagi sesuatu topik mata pelajaran pada hari tertentu menggunakan format yang telah ditetapkan.  Melalui penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, guru dapat meramal iklim bilik darjah yang bakal dihadapi; seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk menanganinya.  Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap merupakan kunci kejayaan kepada guru praperkhidmatan semasa menjalankan praktikum dan seterusnya menjadi seorang guru yang berkeyakinan dan berketrampilan. 

    Selain daripada itu, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) membantu guru:
    ·           Menentukan objektif pembelajaran supaya guru tidak terpesong dari apa yang dirancang. 
    ·           Memastikan isi pelajaran disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. 
    ·           Merancang strategi pengajaran yang sesuai isi pelajaran, peringkat, kebolehan dan minat pelajar.
    ·           Mengingati urutan bahan pengajaran yang akan disampaikan
    ·           Mengawal bilik darjah dengan baik.
    ·           Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran.
    ·           Merancang bagaimana enam tunjang KSSR dapat diterapkan dalam langkah penyampaian pengajaran atau aktiviti pembelajaran.

    •      Peka kepada fungsi setiap komponen RPH dan hubungkait antaranya supaya terdapat kesinambungan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.